Kejadian : Pecah Rumah/ Rompak
Hari/Tarikh : Jumaat (9 Nov 2012)
Tempat kejadian : Rumah Mak Abah, Kg Parit Selangor, Pontian, Johor
Barang yang hilang : Henpon Abah, Duit Syiling berniaga Mak total around RM 300, cash 200-300 dan apa
Jumaat merupakan hari yang mulia dan penghulu segala hari. Tapi kenapa ada 'syaiton' yang bertopengkan manusia tegar mencemarkan hari yang mulia itu?
Memang celaka lah kau wahai perampok!!! Time umat lelaki pergi solat jumaat, time tu lah kau nak buat kerja! Mesti kau menyesal tak dapat ribu riban. Padan muka, mak aku tak simpan emas la.
Mak selalu sorang kat rumah. Nasib baik mak dah sampai KL sehari sebelum tu, kalau tak........ huh tak dapat bayangkan camne..
Masa dengar berita dari abah aku terus takde mood nak buat kerja. Mak pulak walaupun terkejut, tapi cool. Sekarang dia takut nak balik pontian pulak. Abah pulak mungkin tak jadi datang KL. Sepatutnya abah datang KL sebab weekend ni kami nak pegi rumah Pak Uteh (adik abah) anak dia Amy (sepupu) kawin.
Lepas ni cari duit pasang grill rumah!
No comments:
Post a Comment