Berikutan dari serangan Zionis ke atas Gaza, Palestin.
Semua orang pakat boikot barangan Yahudi. Salah satunya McD. Baru ni (19 Nov 2012 x silap) McD bagi burger free. Ramai jugak yg taknak amik burger free. Ramai jugak yg ambik.
Aku pulak, NO COMMENT, cuma apa yg aku rasa, KELAKAR! Kalau aku, aku ambik je, da orang bagi. Tapi pakkal je aku tak lalu McD masa pergi kerja/ takde masa nak ke McD pepagi. Tak bermakna dengan mengambil burger free tu kita sokong Yahudi Zionis. Tak bermakna iman kita hilang dengan memakan burger McD. Tepuk dada tanya iman la deii.. Ada orang sakit perut makan burger free tu? takde kan? Ada orang mati? Takde kan? Kalau risau sangat Yahudi letak apa-apa dalam burger yang buat kau mati, hilang iman kau, kau baca la bismillah, selawat doa dan tawakkal agar kau mati sekalipun, kau mati dalam keadaan beriman.
Aku bukan Anti Boikot ke apa. Tapi pada pandangan aku, kalau sesiapa yang rasa nak boikot barangan Yahudi, sila boikot terus sampai bila-bila. Jangan beli langsung produk Yahudi lepas ni. Biar takda langsung produk Yahudi kat Malaysia ni.
Walhal sebelum ni dah banyak artikel-artikel tentang produk Yahudi. Tapi kenapa masih guna? Kenapa masih nak membeli kalau kau rasa dengan membeli barangan Yahudi, Yahudi akan menyalurkan dana untuk tentera Zionis? Yang aku heran, sebelum ni tak sedar pulak kau beli McD, kau dah menyumbang dana ke tentera Yahudi Zionis. Tapi bila serangan Zionis ke atas Gaza baru-baru ni, baru kau nak boikot?
Aku tau McD sedap kan? Sebab tu ramai yang tetap membeli. Apa kau tak pandai masak burger sendiri? Kalau buat sendiri mesti burger kau tak sedap macam McD kan?
Dah orang bagi free ambik je la. Kalau bagi free, apa kena mengena dengan McD beri dana? McD yang keluarkan duit nak bagi burger free bukan duit kita masuk pun.
Dah la, berhenti hipokrit. Jangan menyusahkan orang. Korang pun tahu kan ramai rakyat Malaysia yang owner McD and yang bekerja disitu? Kalau korang boikot-boikot pun, macam mana dengan nasib diorang? Jangan banyak bunyi dan jangan buat semak dengan comment2 etc.
Patutnya kalau kau nak boikot, boikot dari dulu lagi sebelum restaurant McD bukak kat mana-mana. Kalau takde permintaan, takde la tawaran ''No Demand No Supply'' , perkataan masa aku belajar ekonomi dulu. Mana ada orang berniaga nak rugi.
Kalau kau prihatin sangat, lebih baik kau menderma atau menyalur apa2 bentuk bantuan ke Gaza.
- Gelihati Sinis-
* Conversation aku ngan mak aku (FYI, mak aku tak berapa suka makan burger, tapi kalau free dia ambik je). Conversation ini yang menyebabkan aku berfikir balik.
Aku : Mak, kat sotkabar, fb semua ada iklan dan orang cakap pasal burger McD free hari isnin ni.
Mak : Iye?
Aku : Mak nak ke?
Mak : Boleh juge. Jom la
Aku : Xyah la mak,
Mak: Kenapa? Kan free? ambik je la.
Aku : kat fb yan tengok ramai yang boikot McD. Sekarang kan pasal Yahudi bom Palestin tu. Ramai budak comel2 mati mak. Sayang :( Orang cakap McD bagi duit untuk tentera yang bom tu (Zionis). (Mase ni aku tak terpikir pun relevannya jawapan aku ni)
Mak : Kan free? ape pulak kene mengene kite salur duit? bukan duit kite keluar pon?
Aku : ................................(terpana..iye tak ye jugak mak aku cakap ni...rasa bangang)
No comments:
Post a Comment