AMARAN!
ENTRI INI TAK SESUAI UNTUK ORANG YANG TAK SUKA MEMBACA NOVEL
Assalamualaikum,
Aku memang tersangat malas nak update blog. Tetapi oleh kerana suatu hari nanti aku akan guna juga blog sebagai medium untuk memperkenalkan perniagaan aku, aku terpaksa juga belajar merajin-rajinkan jari jemari ku untuk menulis blog.
Ok, sebenarnya di sini aku nak memberi penjelasan tentang bagaimana aku boleh terjebak dalam bidang fesyen ni (
uiks, mcm poyo je statement). Ramai sangat bertanya, ''ambil kursus ke?'' , aku cuma senyum kelat (takut terus terang kang customer tak caya dengan aku, terus cancel tempahan). Sedangkan kelulusan aku BBA (Hons) Operations Management UiTM Shah Alam.
Untuk makluman, aku memang tak pernah mengambil sebarang kursus secara formal dalam bidang jahitan dan fesyen. Sebenarnya, selain berusaha sendiri dengan membuat banyak pemerhatian dan rujukan, aku telah lama dalam bidang ini. Ceritaku bermula dari kisah sedih tetapi aku amat berterima kasih kepada kisah sedih itu kerana sejak itu aku belajar dan dapat apa yang aku dah capai sekarang.
Abah aku iaitu En Pairan dulu adalah seorang pelajar kursus jahitan dan fesyen dari MARA. Dia juga pernah mempunyai butik pakaian sendiri suatu ketika dulu. Mak aka Pn Siti Zainab merupakan penolong setia abah ku. Sejak aku dilahirkan memang aku telah bergelumang dengan kain dan mesin jahit selain 'dummy' atau 'torso' adalah teman sepermainan ku. Malah tempat aku ketika bayi bukan lah di dalam 'baby walker' tetapi di dalam kotak besar yang penuh dengan kain perca, selain patung2 haiwan dan buku cerita. Seingat aku kotak tu sangat selesa (bayangkan spt tmpt kucing beranak).
Aku anak sulung yg hidup (kakak meninggal masa baby) dr 5 orang adik beradik. Dari umur aku 5 tahun aku memang minat sangat tengok mak aku jahit baju gaun aku dengan adik aku Yin. Mak aku lukis baju gaun aku pun nak lukis. Aku siap suruh mak jahitkan baju aku macam yang aku lukis walaupun sebenarnya buruk gila aku lukis.
Kesimpulannya aku dibesarkan dalam keadaan itu sehingga aku berusia 5 tahun sebab mak aku tak pernah menghantarku ke taska atau menghantar ke 'baby sitter' atau mengupah 'maid'. Masuk 6 tahun aku masuk tadika. Sejak 6 tahun, tiada apa yang significant yang dapat aku ceritakan sehinggalah berusia 8 tahun.
Ada di antara segelintir korang mesti dah sedia maklum macammana keadaan tukang jahit menjelang hari raya kan? Ye, keadaannya adalah seperti rumah tak terurus, baju raya sendiri dan anak-anak dikemudiankan dan etc. Menjelang hari raya mak memang tak ada masa nak mengemas rumah, apetah lagi menjahit baju raya anak-anak kerana sibuk menyiapkan baju raya customer. Kadang2 dah raya ke 3 baru kami mula nak raya dan kadang2 juga mak beli siap je baju raya ( baju gaun) padahal mak boleh buat sendiri. Sebenarnya keadaan ini berlarutan beberapa tahun setiap kali menjelang hari raya.
Kisah sentap - suatu hari raya tahun 1990 (aku berusia 8 tahun waktu tu). Kawan-kawan sekampung aka sepermainanku datang beraya ke rumah. Mereka datang beramai-ramai...mungkin lebih 10 orang kot. Pada usia itu sememangnya itulah dinanti-nantikan, kawan beraya datang rumah then kita pon ikut mereka beraya. Pada usia itu juga, apalah yang aku fikirkan untuk persiapan raya, apa yang ada itu yang kita pakai, apa yang ada itu yang kita hidang, berapa duit raya yang ada kita bahagi sampailah seorang dari rakan ku bersuara seperti bos dalam mesyuarat :
" Korang, lain kali kita tak payah la datang beraya sini, tengok mak dia bagi 20sen je. Pastu, dia tak pakai baju raya pon nak beraya dengan kita, jangan kawan lah dengan orang miskin ni". Ayat lebih kurang camtu lah.
Perghhh...sentap gila aku masa ni. Aku terpinga-pinga ditinggalkan kawan-kawan yang tak nak beraya dengan aku. Ok fine...sejak dari hari itu, aku mempunyai semangat untuk buat baju sendiri walaupun sebenarnya aku tak pandai. Kepada 'kawan' ku tu, aku sangat berterima kasih kepada kau. Kalau perkataan itu tak keluar dari mulut kau, mungkin aku tak sentap dan tak jadi seperti apa aku sekarang ni.
Sejak dari hari tu aku mendesak mak untuk buat baju raya aku, kalau mak tak sempat jugak aku desak mak bagi aku tolong apa-apa yang boleh aku buat. Mak pada mulanya takut nak bagi aku kerja, takut aku buat salah, takut aku menjahanamkan kain dan sebagainya. Yelah, aku baru berusia 8 tahun waktu tu. Tapi mak amik kain perca or kain lebih yang boleh jadikan baju adik aku. Job pertama ku ialah menggosok kain susun tepi untuk baju kurung. Mula-mula aku perhatikan mak buat. Mak tandakan mana yang aku kena gosok. 1st job past then 2nd job and so on...
Mak mula memberi kepercayaan kepada aku sebagai pembantu setianya. Dalam hati ''Wahh...mak kemain lagi ye. Mentang-mentang Yan dah pandai makin banyak pulak mak bagi kerja ye. Yan nak jahit baju Yan aje tapi kenapa mak bagi buat orang lain punya??''.
Sebagai anak yang baik dan taat =P, aku tidak pernah membantah walaupun hati aku sebenarnya
pemberontak ehh...memberontak sebenarnya. Mak mula 'upgrade' job aku sikit-sikit. Sampailah umur aku 13 tahun, aku dah pandai jahit baju kurung ku sendiri dari memotong hingga siap tanpa bantuan mak..Yeayy..tapi waktu ni aku hanya pandai buat baju kurung pesak biasa, kurung moden aku masih perlukan bantuan mak.
Aku pandai buat baju kurung moden tanpa bantuan mak hanyalah pada umur 18 tahun. Waktu lepas tamat SPM. Itu pon mak cuma bagi aku jahit baju aku dengan adik2 aku, baju dia sendiri pon tak bagi aku jahit. Elehh.. takut la tu aku salah potong. Tapi sekarang mak dah pandai request kat aku, katanya ''ooo...baju orang kau buat tapi baju mak langsung kau tak pernah buat. buatkan baju mak'' aku balas, ''elehh mak tu, dulu yan nak buat mak tak bagi, tak percaya la tu, mak takut yan salah potong kan?'' . Ye, aku tak pernah buat baju mak dengan abah aku sebab diorang cerewet :P.
Sebenarnya aku tak pernah berangan untuk menjadi tukang jahit
tapi aku pernah berangan nak jadi model (buweekkss...mesti berdarah telinga orang dengar ni) :P.
Dulu aku tinggi tau tapi takde tinggi sangat tapi kira kalau beratur kat sekolah tu antara kat belakang jugak la. Ntah kenapa makin lama makin bantut lak, sejak umur aku 12 tahun sampai sekarang ketinggian sama tapi makin melebar..ni mesti sebab dukung adik ni..(ehh salahkan adik pulak)..
Cita2 aku memang lah nak buka butik sendiri tapi taklah sampai nak jadi tukang jahit baju pengantin ni. Kiranya nak buka butik baju kurung biasa dengan baju kurung manik, ambil pekerja dan i'm the boss. Yelah masa tu mana tau kemampuan/pengetahuan menjahit sampai ke tahap ni. Apa yang aku ingat lepas aku grad aku nak cari kerja ikut kelulusan aku, pastu kumpul duit buka butik. Itu perancangan aku. Tapi lepas grad, langit tak semestinya cerah, dan perancangan tak semestinya follow macam apa yang kita nak.
Lepas grad, 6 bulan aku menganggur. Masa tu rasa susahnya nak dapat kerja. So, aku kerja la dengan mak aku ambil tempahan, masa ni lah aku 'polish' kan kemahiran aku. Time nak raya cecah ribuan jugak la dapat. 1 hari aku dapat jahit 4 pasang baju kurung pesak biasa atau 3 pasang kurung moden (pulun18-20 jam sehari). Tapi penatnya kemain.
Tak lama lepas tu aku dapat kerja kat Shah Alam sbg Operation Exec (tahun 2007). Dalam pada tu jugak kadang2 aku masih menjahit baju sendiri untuk pergi kerja. Aku pinjam orang mesin jahit portable (tak malu). Baju officemate pon ada jugak yang aku jahitkan. Dari sini aku dah ada customer tetap sampai sekarang, Kak Ros (masa kerja kat situ baru tau Kak Ros ni orang kampung mak dan sedara bau bacang sebab moyang kitorang dulu kawin 4). Masa ni aku cuma amik tempahan oficemate je.
2 tahun kemudian aku berhenti kerja (tahun 2009). Masa menganggur tu aku mula amik tempahan jahit manik. 4 bulan kemudian aku dapat kerja kat Dios Astana Bridal sebagai P.A Bos. Kat sini aku belajar banyak benda secara silent tanpa pengetahuan bos. Cara aku belajar simple, belek2 baju pengantin yang ada kat Dios. 2 tahun kemudian (tahun 2011) baru aku ambil tempahan secara serius dan banyak. Tahun 2012 aku berani ambil tempahan baju pengantin. Cuma sekarang aku masih belajar cara macammana nak costing. Costing bukan je cost berapa harga upah tau, berapa banyak kain nak pakai pon costing jugak.
So far, ramai yang berpuas hati dengan hasil kerja aku. Memang la ada jugak yang tak puas hati, tipu la kalau takda, umpama dalam 1000 pasang baju aku buat mungkin dalam 2-3 orang tak puas hati. Ok, yang ni nanti aku cerita dalam entri akan datang dalam tajuk 'Pengajaran'.
Ok la, tajuk panjang cerita pon panjang. Kalau orang baca ni mesti dah kroh kroh agaknya. Bye