Friday, 30 November 2012

Confuse - Kerja Makan Gaji VS Own Business

Sekarang tersangat confuse untuk membuat pilihan sama ada :

1) Berhenti kerja makan gaji dan fokus pada business - (pilihan aku)

Kebaikkan
i) Boleh buat banyak perkara dan mengeluarkan idea yang ada dalam kepala HOTak aku.
ii) Production boleh buat cepat sikit, bila cepat, production outcome pon banyak dari yg sekarang

Keburukan
i) Pendapatan tak tentu - perkara yang paling dirunsingkan oleh aku ngan mak aku, kalau tak cukup macam mana? masih banyak lagi hutang nak kena bayar ni. 
ii) Double pening sebab setiap bulan kena berusaha lebih, tak boleh leka. Kalau aku sakit, aku malas memang takde income la aku bulan tu. (Sekarang ni pon, baru sikit, tapi aku selalu jatuh sakit, apa lagi kalau buat fulltime)

2) Terus bekerja makan gaji (dalam bidang yang aku minat skrg ni) dalam masa yang sama buat part time business (apa yang aku buat sekarang)

Kebaikan:
i) Company yang aku kerja sekarang ni adalah bidang fesyen dan perkahwinan - memang aku sangat2 minat
ii) Boleh belajar banyak perkara secara tak langsung dari sini (where i can get the free knowledge) cth : fesyen terbaru, cara potong kain, pengurusan, etc.
iii) Dapat kenal/contact person dalam bidang berkaitan

Keburukan:
i) Pendapatan kurang memuaskan kalau dibandingkan dengan penatnya
ii) Kerja bukan ikut kelulusan
iii) Pening dan tak boleh fokus untuk kedua2nya, pagi keje opis, balik malam menjahit pulak. Tersangatlah lain bidangnya. Malam nak potong kain dah penat, sudahnya potong separuh2. Amik masa lama nak memotong kain (1 hari 2 pasang baju kurung biasa = 4 hari sepasang baju kurung untuk aku)
iv) Akibat tak boleh fokus - Production lembab!
v) Of cos double Penat!  

3) Cari kerja lain yang pendapatannya lebih tinggi (ikut kelulusan aku) dan dalam masa yang sama buat part time business - (pilihan mak aku)

Kebaikkan
i) Kerja ikut kelulusan dan kemungkinan boleh mintak basic lebih sikit dari gaji sekarang
ii) 

Keburukan
i) Tak boleh / susah untuk fokus
ii) Production lembab
iii) Penat dan mungkin takda masa (inilah kemungkinan yg aku paling risau)


* Apa yang aku rasa sekarang, aku kena cari pekerja part time yang boleh datang umah aku waktu malam atau weekend ( time aku ada dirumah sebab aku senang aku nak oversee and ajar cara menjahit).

Catatan Tambahan
1) aku xde personal car, tempat kerja sekarang boleh jalan kaki 10 minit dah sampai
2) Basic aku kat tempat kerja sekarang tak sampai 2k
3) Aku ada banyak commitment, hutang banyak - hutang PTPTN, hutang kereta bapak aku (refinance sebab nak buat rumah kat kampung), insurance, credit card. Mak aku tak bagi benti kerja untuk secure income untuk nak byr hutang bulan2.
4) Aku anak sulung dan satu-satunya anak yang belajar sampai degree, so haruslah aku yang kena bagi elaun lebih utk mak aku.
5) Sebenarnya ape yg buat aku slow nak interview kerja tempat lain:
    i) aku kurang confident sbb aku dah lama tak practise english languange dlm kehidupan harian. Tempat kerja sekarang mostly Malay even kalau aku buat surat in english bos aku suruh tukar balik to Bahasa Melayu.
   ii) Self esteem aku declining sebab kat tempat kerja sekarang bagi aku tak mencabar langsung.
   iii) Aku xde transport sendiri untuk pergi kerja jauh2. Memang la public transport ada, tapi aku dah bosan dengan public transport yg banyak buang masa aku. Masa tu emas tau..


* Ada sape yang bole advise tak???? Pls help me... :(



Thursday, 22 November 2012

Boikot McD Boikot Produk Yahudi


Berikutan dari serangan Zionis ke atas Gaza, Palestin.

Semua orang pakat boikot barangan Yahudi. Salah satunya McD. Baru ni (19 Nov 2012 x silap) McD bagi burger free. Ramai jugak yg taknak amik burger free. Ramai jugak yg ambik.

Aku pulak, NO COMMENT, cuma apa yg aku rasa, KELAKAR! Kalau aku, aku ambik je, da orang bagi. Tapi pakkal je aku tak lalu McD masa pergi kerja/ takde masa nak ke McD pepagi. Tak bermakna dengan mengambil burger free tu kita sokong Yahudi Zionis. Tak bermakna iman kita hilang dengan memakan burger McD. Tepuk dada tanya iman la deii.. Ada orang sakit perut makan burger free tu? takde kan? Ada orang mati? Takde kan? Kalau risau sangat Yahudi letak apa-apa dalam burger yang buat kau mati, hilang iman kau, kau baca la bismillah, selawat doa dan tawakkal agar kau mati sekalipun, kau mati dalam keadaan beriman.

Aku bukan Anti Boikot ke apa. Tapi pada pandangan aku, kalau sesiapa yang rasa nak boikot barangan Yahudi, sila boikot terus sampai bila-bila. Jangan beli langsung produk Yahudi lepas ni. Biar takda langsung produk Yahudi kat Malaysia ni.

Walhal sebelum ni dah banyak artikel-artikel tentang produk Yahudi. Tapi kenapa masih guna? Kenapa masih nak membeli kalau kau rasa dengan membeli barangan Yahudi, Yahudi akan menyalurkan dana untuk tentera Zionis? Yang aku heran, sebelum ni tak sedar pulak kau beli McD, kau dah menyumbang dana ke tentera Yahudi Zionis. Tapi bila serangan Zionis ke atas Gaza baru-baru ni, baru kau nak boikot?

Aku tau McD sedap kan? Sebab tu ramai yang tetap membeli. Apa kau tak pandai masak burger sendiri? Kalau buat sendiri mesti burger kau tak sedap macam McD kan?

Dah orang bagi free ambik je la. Kalau bagi free, apa kena mengena dengan McD beri dana? McD yang keluarkan duit nak bagi burger free bukan duit kita masuk pun.

Dah la, berhenti hipokrit. Jangan menyusahkan orang. Korang pun tahu kan ramai rakyat Malaysia yang owner McD and yang bekerja disitu? Kalau korang boikot-boikot pun, macam mana dengan nasib diorang? Jangan banyak bunyi dan jangan buat semak dengan comment2 etc.

Patutnya kalau kau nak boikot, boikot dari dulu lagi sebelum restaurant McD bukak kat mana-mana. Kalau takde permintaan, takde la tawaran  ''No Demand No Supply'' , perkataan masa aku belajar ekonomi dulu. Mana ada orang berniaga nak rugi.

Kalau kau prihatin sangat, lebih baik kau menderma atau menyalur apa2 bentuk bantuan ke Gaza.


- Gelihati Sinis-

* Conversation aku ngan mak aku (FYI, mak aku tak berapa suka makan burger, tapi kalau free dia ambik je). Conversation ini yang menyebabkan aku berfikir balik.

Aku : Mak, kat sotkabar, fb semua ada iklan dan orang cakap pasal burger McD free hari isnin ni.

Mak : Iye?

Aku : Mak nak ke?

Mak : Boleh juge. Jom la

Aku : Xyah la mak,

Mak: Kenapa? Kan free? ambik je la.

Aku : kat fb yan tengok ramai yang boikot McD. Sekarang kan pasal Yahudi bom Palestin tu. Ramai budak comel2 mati mak. Sayang :( Orang cakap McD bagi duit untuk tentera yang bom tu (Zionis). (Mase ni aku tak terpikir pun relevannya jawapan aku ni)

Mak : Kan free? ape pulak kene mengene kite salur duit? bukan duit kite keluar pon?

Aku : ................................(terpana..iye tak ye jugak mak aku cakap ni...rasa bangang)

Sunday, 11 November 2012

Perampok Jahat! T_T

Kejadian : Pecah Rumah/ Rompak
Hari/Tarikh :  Jumaat (9 Nov 2012)
Tempat kejadian : Rumah Mak Abah, Kg Parit Selangor, Pontian, Johor
Barang yang hilang : Henpon Abah, Duit Syiling berniaga Mak total around RM 300, cash 200-300 dan apa

Jumaat merupakan hari yang mulia dan penghulu segala hari. Tapi kenapa ada 'syaiton' yang bertopengkan manusia tegar mencemarkan hari yang mulia itu?

Memang celaka lah kau wahai perampok!!! Time umat lelaki pergi solat jumaat, time tu lah kau nak buat kerja! Mesti kau menyesal tak dapat ribu riban. Padan muka, mak aku tak simpan emas la.

Mak selalu sorang kat rumah.  Nasib baik mak dah sampai KL sehari sebelum tu, kalau tak........ huh tak dapat bayangkan camne..

Masa dengar berita dari abah aku terus takde mood nak buat kerja. Mak pulak walaupun terkejut, tapi cool. Sekarang dia takut nak balik pontian pulak. Abah pulak mungkin tak jadi datang KL. Sepatutnya abah datang KL sebab weekend ni kami nak pegi rumah Pak Uteh (adik abah) anak dia Amy (sepupu) kawin.

Lepas ni cari duit pasang grill rumah!