Monday, 24 September 2012

Cerita Panjang - Fashion My Passion (Bagaimana aku bermula sebagai tukang jahit)

AMARAN! 
ENTRI INI TAK SESUAI UNTUK ORANG YANG TAK SUKA MEMBACA NOVEL

Assalamualaikum,

Aku memang tersangat malas nak update blog. Tetapi oleh kerana suatu hari nanti aku akan guna juga blog sebagai medium untuk memperkenalkan perniagaan aku, aku terpaksa juga belajar merajin-rajinkan jari jemari ku untuk menulis blog.

Ok, sebenarnya di sini aku nak memberi penjelasan tentang bagaimana aku boleh terjebak dalam bidang fesyen ni (uiks, mcm poyo je statement). Ramai sangat bertanya, ''ambil kursus ke?'' , aku cuma senyum kelat (takut terus terang kang customer tak caya dengan aku, terus cancel tempahan). Sedangkan kelulusan aku BBA (Hons) Operations Management UiTM  Shah Alam.

Untuk makluman, aku memang tak pernah mengambil sebarang kursus secara formal dalam bidang jahitan dan fesyen. Sebenarnya, selain berusaha sendiri dengan membuat banyak pemerhatian dan rujukan, aku telah lama dalam bidang ini. Ceritaku bermula dari kisah sedih tetapi aku amat berterima kasih kepada kisah sedih itu kerana sejak itu aku belajar dan dapat apa yang aku dah capai sekarang.

Abah aku iaitu En Pairan dulu adalah seorang pelajar kursus jahitan dan fesyen dari MARA. Dia juga pernah mempunyai butik pakaian sendiri suatu ketika dulu. Mak aka Pn Siti Zainab merupakan penolong setia abah ku. Sejak aku dilahirkan memang aku telah bergelumang dengan kain dan mesin jahit selain 'dummy' atau 'torso' adalah teman sepermainan ku. Malah tempat aku ketika bayi bukan lah di dalam 'baby walker' tetapi di dalam kotak besar yang penuh dengan kain perca, selain patung2 haiwan dan buku cerita. Seingat aku kotak tu sangat selesa (bayangkan spt tmpt kucing beranak).

Aku anak sulung yg hidup (kakak meninggal masa baby) dr 5 orang adik beradik. Dari umur aku 5 tahun aku memang minat sangat tengok mak aku jahit baju gaun aku dengan adik aku Yin. Mak aku lukis baju gaun aku pun nak lukis. Aku siap suruh mak jahitkan baju aku macam yang aku lukis walaupun sebenarnya buruk gila aku lukis.

Kesimpulannya aku dibesarkan dalam keadaan itu sehingga aku berusia 5 tahun sebab mak aku tak pernah menghantarku ke taska atau menghantar ke 'baby sitter' atau mengupah 'maid'. Masuk 6 tahun aku masuk tadika. Sejak 6 tahun, tiada apa yang significant yang dapat aku ceritakan sehinggalah berusia 8 tahun.

Ada di antara segelintir korang mesti dah sedia maklum macammana keadaan tukang jahit menjelang hari raya kan? Ye, keadaannya adalah seperti rumah tak terurus, baju raya sendiri dan anak-anak dikemudiankan dan etc. Menjelang hari raya mak memang tak ada masa nak mengemas rumah, apetah lagi menjahit baju raya anak-anak kerana sibuk menyiapkan baju raya customer. Kadang2 dah raya ke 3 baru kami mula nak raya dan kadang2 juga mak beli siap je baju raya ( baju gaun) padahal mak boleh buat sendiri. Sebenarnya keadaan ini berlarutan beberapa tahun setiap kali menjelang hari raya.

Kisah sentap - suatu hari raya tahun 1990 (aku berusia 8 tahun waktu tu). Kawan-kawan sekampung aka sepermainanku datang beraya ke rumah. Mereka datang beramai-ramai...mungkin lebih 10 orang kot. Pada usia itu sememangnya itulah dinanti-nantikan, kawan beraya datang rumah then kita pon ikut mereka beraya. Pada usia itu juga, apalah yang aku fikirkan untuk persiapan raya, apa yang ada itu yang kita pakai, apa yang ada itu yang kita hidang, berapa duit raya yang ada kita bahagi sampailah seorang dari rakan ku bersuara seperti bos dalam mesyuarat :

" Korang, lain kali kita tak payah la datang beraya sini, tengok mak dia bagi 20sen je. Pastu, dia tak pakai baju raya pon nak beraya dengan kita, jangan kawan lah dengan orang miskin ni". Ayat lebih kurang camtu lah.

Perghhh...sentap gila aku masa ni. Aku terpinga-pinga ditinggalkan kawan-kawan yang tak nak beraya dengan aku. Ok fine...sejak dari hari itu, aku mempunyai semangat untuk buat baju sendiri walaupun sebenarnya aku tak pandai. Kepada  'kawan' ku tu, aku sangat berterima kasih kepada kau. Kalau perkataan itu tak keluar dari mulut kau, mungkin aku tak sentap dan tak jadi seperti apa aku sekarang ni.

Sejak dari hari tu aku mendesak mak untuk buat baju raya aku, kalau mak tak sempat jugak aku desak mak bagi aku tolong apa-apa yang boleh aku buat. Mak pada mulanya takut nak bagi aku kerja, takut aku buat salah, takut aku menjahanamkan kain dan sebagainya. Yelah, aku baru berusia 8 tahun waktu tu. Tapi mak amik kain perca or kain lebih yang boleh jadikan baju adik aku. Job pertama ku ialah menggosok kain susun tepi untuk baju kurung. Mula-mula aku perhatikan mak buat. Mak tandakan mana yang aku kena gosok. 1st job past then 2nd job and so on...

Mak mula memberi kepercayaan kepada aku sebagai pembantu setianya. Dalam hati ''Wahh...mak kemain lagi ye. Mentang-mentang Yan dah pandai makin banyak pulak mak bagi kerja ye. Yan nak jahit baju Yan aje tapi kenapa mak bagi buat orang lain punya??''.

Sebagai anak yang baik dan taat =P, aku tidak pernah membantah walaupun hati aku sebenarnya pemberontak ehh...memberontak sebenarnya. Mak mula 'upgrade' job aku sikit-sikit. Sampailah umur aku 13 tahun, aku dah pandai jahit baju kurung ku sendiri dari memotong hingga siap tanpa bantuan mak..Yeayy..tapi waktu ni aku hanya pandai buat baju kurung pesak biasa, kurung moden aku masih perlukan bantuan mak.

Aku pandai buat baju kurung moden tanpa bantuan mak hanyalah pada umur 18 tahun. Waktu lepas tamat SPM. Itu pon mak cuma bagi aku jahit baju aku dengan adik2 aku, baju dia sendiri pon tak bagi aku jahit. Elehh.. takut la tu aku salah potong. Tapi sekarang mak dah pandai request kat aku, katanya ''ooo...baju orang kau buat tapi baju mak langsung kau tak pernah buat. buatkan baju mak'' aku balas, ''elehh mak tu, dulu yan nak buat mak tak bagi, tak percaya la tu, mak takut yan salah potong kan?'' . Ye, aku tak pernah buat baju mak dengan abah aku sebab diorang cerewet :P.

Sebenarnya aku tak pernah berangan untuk menjadi tukang jahit tapi aku pernah berangan nak jadi model (buweekkss...mesti berdarah telinga orang dengar ni) :P. Dulu aku tinggi tau tapi takde tinggi sangat tapi kira kalau beratur kat sekolah tu antara kat belakang jugak la. Ntah kenapa makin lama makin bantut lak, sejak umur aku 12 tahun sampai sekarang ketinggian sama tapi makin melebar..ni mesti sebab dukung adik ni..(ehh salahkan adik pulak)..

Cita2 aku memang lah nak buka butik sendiri tapi taklah sampai nak jadi tukang jahit baju pengantin ni. Kiranya nak buka butik baju kurung biasa dengan baju kurung manik, ambil pekerja dan i'm the boss. Yelah masa tu mana tau kemampuan/pengetahuan menjahit sampai ke tahap ni. Apa yang aku ingat lepas aku grad aku nak cari kerja ikut kelulusan aku, pastu kumpul duit buka butik. Itu perancangan aku. Tapi lepas grad, langit tak semestinya cerah, dan perancangan tak semestinya follow macam apa yang kita nak.

Lepas grad, 6 bulan aku menganggur. Masa tu rasa susahnya nak dapat kerja. So, aku kerja la dengan mak aku ambil tempahan, masa ni lah aku 'polish' kan kemahiran aku. Time nak raya cecah ribuan jugak la dapat. 1 hari aku dapat jahit 4 pasang baju kurung pesak biasa atau 3 pasang kurung moden (pulun18-20 jam sehari). Tapi penatnya kemain.

Tak lama lepas tu aku dapat kerja kat Shah Alam sbg Operation Exec (tahun 2007). Dalam pada tu jugak kadang2 aku masih menjahit baju sendiri untuk pergi kerja. Aku pinjam orang mesin jahit portable (tak malu). Baju officemate pon ada jugak yang aku jahitkan. Dari sini aku dah ada customer tetap sampai sekarang, Kak Ros (masa kerja kat situ baru tau Kak Ros ni orang kampung mak dan sedara bau bacang sebab moyang kitorang dulu kawin 4). Masa ni aku cuma amik tempahan oficemate je.

2 tahun kemudian aku berhenti kerja (tahun 2009). Masa menganggur tu aku mula amik tempahan jahit manik. 4 bulan kemudian aku dapat kerja kat Dios Astana Bridal sebagai P.A Bos. Kat sini aku belajar banyak benda secara silent tanpa pengetahuan bos. Cara aku belajar simple, belek2 baju pengantin yang ada kat Dios. 2 tahun kemudian (tahun 2011) baru aku ambil tempahan secara serius dan banyak. Tahun 2012 aku berani ambil tempahan baju pengantin. Cuma sekarang aku masih belajar cara macammana nak costing. Costing bukan je cost berapa harga upah tau, berapa banyak kain nak pakai pon costing jugak.

So far, ramai yang berpuas hati dengan hasil kerja aku. Memang la ada jugak yang tak puas hati, tipu la kalau takda, umpama dalam 1000 pasang baju aku buat mungkin dalam 2-3 orang tak puas hati. Ok, yang ni nanti aku cerita dalam entri akan datang dalam tajuk 'Pengajaran'.

Ok la, tajuk panjang cerita pon panjang. Kalau orang baca ni mesti dah kroh kroh agaknya. Bye




Friday, 21 September 2012

Pengajaran Baru - Tempahan Jahit

Orang kata, makin lama kita buat sesuatu perkara tu, makin banyak pengalaman dam makin banyak pengajaran yang kita dapat. Sebelum ni memang ada banyak juga pengajaran yang aku dapat tapi kali ni betul-betul buat aku ralat. Tujuan aku tulis entri ni sebagai pengajaran aku akan datang.

Ini kisah baju pengantin yang dipakai untuk hari ini (22 Sept 2012). Dipendekkan cerita, walaupun kain baju pengantin dihantar pada bulan puasa, aku takkan sempat nak fikirkan pasal baju tu sebab sibuk dengan tempahan raya. Aku berjanji pada customer yang aku akan pulun hanya selepas raya. 1 syawal tahun ni jatuh pada 19 Ogos (my birthday :D) . Means, aku cuma ada masa lebih kurang 1 bulan 3 hari (5 minggu) sahaja. Dalam waktu tu juga aku harus menyiapkan 2 tampahan yang lain 1)sepasang baju kurng moden 2) 1 veil pengantin.

Dua tempahan ini nampak macam.......... ekk elehh...dua je??? sempat sangat...tapi percayalah...schedule aku tersangat ketat sampai nak basuh baju, kemas rumah pon tak sempat.

(Pharagraph ni xyah baca pon xpe utk menjimatkan masa). Sebelum tu, nak mengadu jap..suatu petang seminggu sebelum raya ( weekend tak silap) aku sakit pinggang + tongkeng yang amat sampai nak duduk pon tak boleh. Ni sebab aku dok pulun menjahit konon nak siapkan semua 4 hari sebelum raya sebab nak mengerjakan baju sendiri pulak. Syawal kali ni konon berangan nak pakai baju mak datin retis geletis di pagi raya a.k.a birthday aku. ye lah, susah tu nak dapat birthday yang jatuh pada raya pertama..assuming semua orang celebrate birthday aku la kan. :P...tapi..last2 apa pon tak jadi disebabkan sakit tongkeng tu menjalar ke urat leher dan menyebabkan kepala aku tak boleh pusing ke kiri kanan (macam orang cacat). Ini berlarutan selama 3 minggu!! oooemmjiii...the worst eid in my life! Ini pon pengajaran! 

* Pengajarannya ialah - Jangan berangan nak buat kerja macam mak kau sampai 1 hari tak tidur kalau tak larat. 1 hari pulun tak tido menyebabkan kau sakit dan tak bole buat kerja selama beberapa minggu faham?...aku tengok mak aku buat boleh tapi kenapa aku tak boleh..mana la aku tahu akan jadi macamni..T_T
* Kesan - 
1) Sakit leher selama 3 minggu yang rasanya buat keje sikit je dah tak larat sebab sakit kepala 
2) Schedule lari of cos!
3) Baju datin retis geletis hanya dapat disiapkan pada raya ke-4
4) Raya paling tak best sebab dok pulun buat baju sendiri sampai raya ke-4
5) Birthday paling sedih
6) Etc yang tak tercerita

Ok, sambung cerita..bayangkan...dari tarikh 19 Ogos sehingga seminggu kemudian tu of course la kita tak sentuh langsung sebarang tempahan sebab beraya kan. So, aku ada balance 4 minggu. Sampai je Puchong, dengan leher + kepala sakit, aku kemas la sikit rumah yang dah sebulan macam rumah hantu (tak boleh nak samakan dengan reban ayam atau tempat kucing beranak sebab kedua-dua tempat ini lagi 'kemas' berbanding rumah aku ketika waktu tu.) Disingkatkan cerita masa mengemas rumah dengan menjahit sepasang baju mengambil masa seminggu. Dalam minggu ni sebenarnya aku sempat siapkan sepasang baju dan potong baju pengantin ni. Then aku ada 3 minggu. Minggu berikutnya aku pulun buat veil pengantin selama seminggu due 10 Sept 2012. Then aku ada 2 weeks lagi. Dalam 2 weeks ni la aku pulun menjahit baju pengantin ni termasuk veil. Aku dah susun schedule cantik, baju dah jahit, customer dah fitting dalam minggu yang dijanjikan, dah cari orang yang boleh buatkan bunga 3D dengan kemas, dah mula jahit manik sikit2 pada veil ==> 1 minggu. Last2 guess what...akhirnya aku yang kene buat sendiri bunga 3D. Oleh kerana buat bunga 3D bukan dalam schedule, so schedule lari 2-3 hari sambil2 cari orang yang boleh buat bunga 3D untuk veil pula. Time gini la aku nak nangis...tapi aku sempat berfikiran positif sebelum berfikiran negatif bahawa ini adalah rezeki yang Allah beri. Aku yang pilih jalan ini (rezeki dari job menjahit), dan sepatutnya aku tidak boleh merungut. So, jadikan ini sebagai pengajaran.

* Pengajaran - jangan ambil risiko untuk ambil tempahan baju pengantin untuk dipakai selepas raya sebab kerja kau dan pening kau akan bertambah ditambah pula dengan perkara2 yang unexpected yang akan berlaku.
Kesan-
1) Kepala pusing of cos
2) Sekarang jari pulak cramp sebab pulun buat bunga 3D laju2
3) Customer tak berapa happy sebab jahitan kurang kemas (tak sempat nak sembat patching! mampos!)
4) Terpaksa bagi diskaun sebab tak sembat patching
5) Terpaksa hantar sendiri baju ke KL (bayangkan hari weekdays dengan jammed orang balik kerja ditambah dengan sesat lagi) 2-3 jam baru sampai beb! T_T
6) Rugi masa, tenaga, dan wang sebab kena hantar sendiri

Itulah musibahnya..ambil risiko untuk pekerjaan yang mendatangkan duit itu bagus ..omputih kata 'high risk high return' tapi kalau tamak haloba tanpa memikirkan keupayaan diri kau akan hanya menyebabkan kerugian.

Buat baju pengantin bukan macam baju biasa, kalau setakat nak sembat bawah baju takkan effect major of time. Tapi bila tak dapat buat bunga 3D/manik/ dsb, will effect 2-3 days. 

wahh...panjang giler menaip...padahal aku bukan seorang yang rajin mengarang ni, tapi disebabkan aku sekarang tengah sedih dan ralat aku berjaya meng'update' blog yang dah lama bersawang dalam ni. K la, aDios berambus (sesape yang berkenaan, jgn sensitip dgn perkataan ini, hanya tulisan bergurau..erkk?? ade ea?) :P